3 Efek Berhenti Merokok Yang WAJIB Anda Tahu. Jangan Lupa KONGSIkan Dengan Yang Tersayang.
Rokok rokok rokok. Sedap agaknya ye hisap rokok tu. Tetapi Alhamdulillah sudah ramai yang pasang niat untuk berhenti merokok. Tetapi perlu juga tahu apa Efek selepas berhenti merokok tu.Jom teruskan membaca.
- Anda semakin KAYA. Kalau sebelum ini perlu keluar duit untuk beli rokok. Bayangkan sekotak dua rokok sehari. Tak ke jimat banyak tu. Pembaziran melampau keluarkan duit untuk perkara yang memudaratkan diri sendiri.
- Hidup anda akan lebih sihat. Tahu kan perokok tegar rupa paru-paru dia macammana. Hitam dan boleh memudaratkan kesihatan. Berisiko tinggi untuk dapat kanser paru-paru. Alhamdulillah bila anda mahu berhenti merokok, ianya tanda anda sayangkan kesihatan anda.
- Orang tersayang dan terdekat selamat. 'Passive Smoker' lebih diancam bahaya kan. Jadi bila anda sudah berhenti merokok, isteri dan anak-anak tidak perlu lagi menghirup asap rokok hembusan anda. Baju anda pun sudah bersih dari bahan berbahaya dari rokok yang boleh memberi kesan pada anak-anak terutama bayi anda.
0 comments: