Deklarasi Rakyat: Tun M Mahu Kembalikan Rejim ISA, Diktator. Rakyat Makin Pening Dengan Politik Terkini. Jom Lihat Deklarasi Penuh Dan Video Ucapan Mereka
KUALA LUMPUR – Mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat membuat lawak terhebat tahun ini apabila menandatangani satu deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’




Bersama-sama dengan bekas pemimpin kanan negara, tokoh pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan, ia bakal menyaksikan Malaysia kembali kepada era ‘kezaliman’ pemerintahan keras ala diktator kejam.
Deklarasi aneh dan penuh jenaka itu ditandatangani kononnya bagi beri tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera letak jawatan tetapi langsung tidak pula sebut siapakah bakal penggantinya itu.
Ada penganalisis politik tempatan melihat deklarasi itu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai pengganti Najib, dan bukan Anwar Ibrahim, musuh ketat Mahathir sendiri.
Namun ada juga pengamat siasah tanah air menyindir program itu konon dinamakanSelamatkan Malaysia sepatutnya lebih kepada Selamatkan Mahathir setelah berasa malu dengan imej Najib lebih positif akhir-akhir ini.
Lawatan Perdana Menteri selama empat hari ke Arab Saudi sejak 29 Februari lalu turut ‘padam’ mulut Mahathir yang sering lempar tohmah jahat konon dana RM2.6 bilion diterima Najib adalah penyelewengan akaun 1MDB.
Negarawan itu enggan percaya penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa dana itu memang daripada almarhum Raja Abdullah dan lawatan Najib ke Arab Saudi membuktikan hubungan istimewa dua negara Islam itu.
Berbalik kepada Deklarasi Rakyat, meskipun Mahathir mendakwa ia konon daripada rakyat Malaysia dan beliau datang sebagai rakyat tanpa mewakili mana-mana parti, kenyataan ganjil itu lebih bersifat propaganda murahan.
Ia mengandungi 36 perkara itu ada empat permintaan utama antaranya singkir Najib sebagai perdana menteri sah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong konon tanpa melalui kekerasan dan undang-undang yang dibenarkan negara.
Peliknya, Mahathir sendiri sanggup hadiri demonstrasi haram Bersih 4.0 bagi guling Najib secara paksa pada Ogos tahun lalu walhal selama pemerintahan beliau, pasukan polis dikerah ‘hancurkan’ tunjuk perasaan antikerajaan.
Pada masa sama deklarasi lucu itu mahu singkir semua orang yang bekerjasama dengan Najib sekali gus meliputi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz yang diketahui ‘akrab’ perdana menteri berbanding Mahathir sendiri.

0 comments: