Cara Mudah Solat Awal Waktu
Solat merupakan tiang agama. Tiada solat maka runtuhlah agama dalam diri seseorang itu.
Kita solat lima waktu sehari, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, namun, selalunya kita bukan solat di awal waktu.
Antara amalan yang baik diamalkan selain berzikir mengingati Allah dan membaca Al Quran, solat di awal waktu adalah amalan yang sangat di tuntut.
Cara mudah untuk solat di awal waktu adalah
Latih diri hentikan kerja tanpa alasan
Masuk je waktu zohor, hentikan kerja serta merta. Sekiranya ada kerja yang belum siap, sambung selepas selesai solat.
Berkawan dengan orang yang tidak lewatkan solat
Rakan-rakan anda adalah motivasi kepada diri anda. Sekiranya mereka pergi menunaikan solat di awal waktu, ikut mereka.
Dan pesan mereka supaya ajak anda untuk solat di awal waktu.
Tampal peringatan di meja kerja
Selain rakan yang akan mengingatkan kita kepada solat di awal waktu, kita juga boleh letakkan reminder diatas meja supaya kita sentiasa bersedia untuk pergi menunaikan solat sekiranya telah masuk waktu solat.
Waktu solat sebagai jadual temujanji
Biasanya, sekiranya kita ada temujanji, pastinya kita tak nak terlewat atau kita mesti rasa bersedia. Kita akan cuba lapangkan masa kita supaya kerja-kerja atau urusan lain tidak mengganggu temujanji kita. Begitu juga dengan solat.
Jadikan solat polisi utama
Pasangkan niat dalam hati bahawa mulai hari ini kita perlu amalkan solat di awal waktu dan amalkan. Sekiranya kita terlambat solat atau terlewat, kita cuba rasa menyesal dan rugi kerana solat di awal waktu banyak ganjarannya,
Solat berjemaah di masjid atau surau
Setiap kali waktu solat, cari masjid atau surau. Jadi, anda tidak akan terlepas untuk solat di awal waktu.
Tetapkan reminder waktu solat di telefon bimbit
Terdapat banyak apps yang dapat bantu anda untuk solat awal. Kalau tak mahu download apps, mungkin anda juga boleh setkan alarm setiap waktu solat.
Thanks.
0 comments: