Video: Biadap! Pekerja Guna Roti Burger Untuk Lap Lantai
VIDEO ini memaparkan perbuatan jijik seorang pekerja kedai makanan segera yang bertindak mengelap lantai menggunakan roti burger ketika menyediakannya untuk diberikan kepada pelanggan.
Tindakan pekerja di restoran Checkers Amerika Syarikat itu sememangnya patut dikecam dan mengundang kemarahan orang ramai di sana.
Di manakah hak pembeli yang membayar untuk makan di situ? Apakah motif sebenar dia melakukan perkara sebegitu.
Menerusi video yang tersebar, pekerja tersebut dilihat melemparkan roti burger di atas lantai sebelum meletakkannya kembali untuk dibungkus kepada pelanggan.
Mengambil iktibar daripada kejadian ini, pantauan rawak mungkin perlu dilakukan di bahagian dapur restoran makanan segera untuk mengelak perkara sebegini berlaku.
0 comments: