Pengurus Restoran Mengaku Tidak Bersalah Cabul Pekerja

08:10 Unknown 0 Comments






KUALA LUMPUR – Seorang pengurus restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul seorang pekerja restorannya pada Isnin lepas.

P. Charles Borromeo, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap wanita yang berusia 35 tahun di sebuah restoran di Jalan Nagasari Off Jalan Raja Chulan, dekat sini pada 10.30 malam, 3 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan ikat jamin yang rendah atas alasan isteri tertuduh sedang mengandung dan anak guamnya itu perlu menyara keluarga.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September ini untuk sebutan kes. – BERNAMA

0 comments: