Petaling Jaya : Demi Menunjukkan Keberanian Dengan Membuang TUAS BRAKE, 3 RIDERS Maut

15:07 Unknown 0 Comments


Lagak Poyo Berhujung Liang Lahad
Petaling jaya: Tiga pemuda sanggup bertarung nyawa di jalan raya dengan membuang brek semata-mata mahu merempit.
Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, ASP Mansor Taib mengesahkan tiga motosikal yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kayu getah di KM7 Jalan Segamat-Labis kelmarin tidak mempunyai brek.
Beliau yang dipetik China Press sebagai berkata, polis percaya ketiga-tiga penunggang itu membuang tuas brek untuk bersiap sedia merempit.
Menurutnya, kemalangan itu berlaku pada jam 3.40 pagi kelmarin, selepas operasi membanteras kegiatan rempit yang diadakan polis trafik mulai jam 12 tengah malam, tamat pada jam 3 pagi Sabtu lalu.
“Ternyata mereka tunggu operasi selesai baru mula merempit,” katanya.
Beliau berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga motosikal berkenaan dipandu dengan laju menyebabkan lori yang baru keluar dari simpang untuk membelok ke kanan itu bertembung dengan tiga motosikal dari arah bertentangan.
Akibatnya, Zaipul Rahman, 27, dan Rafizul Hakim Rahmad, 18, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Muhamad Helmy Kusin, 24, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Daerah Segamat kira-kira jam 6.30 pagi Sabtu lalu.
Pemandu lori berusia 37 tahun bagaimanapun tidak cedera dan akan menjalankan ujian air kencing.
Polis trafik sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


0 comments: