Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk Facebook Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !

19:43 Unknown 0 Comments





GAMBAR SEKADAR HIASAN


Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku.
Tiba-Tiba??


Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.

Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke..



0 comments: