KISAH BENAR, "DIA AJAK KE BILIK DAN BERI UPAH KEROPOK UNTUK MENGHISAP K#M#LU#NNYA"
Bapa meninggal dunia di waktu saya berusia 2 tahun. Ibu terpaksa bekerja meninggalkan saya dengan nenek. Di sinilah bermulanya sejarah hitam apabila nenek selalu meninggalkan saya bermain dengan pakcik saya.
Saya tidak tahu berapa umurnya. Dia akan ajak saya bermain dalam bilik dan upahnya? Keropok. Pada masa itu, saya berusia 3 atau 4 tahun. Dia suruh saya hisap kemaluannya dan akan memberi upah keropok. Saya ambil keropok itu dan lari sekuat hati keluar dari rumah terus pergi ke rumah kawan.
Bila menjelang malam, nenek suruh tidur dengan pakcik tetapi saya menolak. Akibatnya saya dipukul oleh nenek sampai menangis. Tetapi saya tidak kisah, saya tidur di depan bilik tidur nenek asalkan bukan dengan pakcik.
Pakcik selalu suruh saya duduk di atas pehanya tetapi saya tak mahu. Semua orang kata saya budak jahat, degil, tak dengar kata. Jika saya mengadu tentang perkara yang sebenarnya pun, mesti tiada sesiapa yang percaya. Jadi saya mendiamkan diri sahaja.
Tetapi cerita saya tidak habis di situ. Saya beritahu ibu yang saya mahu ikut dia bekerja. Saya tidak mahu tinggal dengan nenek lagi. Mungkin kasihan melihat saya, lalu ibu setuju membawa saya sekali. Semasa tinggal dengan ibu, abang sulung selalu ada di rumah sebab dia tidak mahu pergi ke sekolah. Dia selalu bergaul dengan budak-budak asal dari Indonesia, pekerja ladang di kampung kami. Bila rakan-rakannya menonton video lucah, dia pun akan turut serta.
Satu hari, saya terjaga sebab terasa ada seseorang yang menarik seluar saya. Saya terus bangun dan berlari keluar dari rumah. Jadi, dia gagal mahu mengapa-apakan saya.
Saya mengadu pada ibu mengenai kejadian itu tetapi ibu enggan percaya dan menuduh saya mereka cerita. Ibu suruh saya tidur dengan abang sulung lagi sebab saya tak ada kakak di rumah. Kakak tinggal di asrama. Saya beritahu ibu yang saya tak nak, sekali lagi saya menangis akibat dipukul oleh ibu.
Bulan demi bulan, abang sulung sekali lagi cuba mengulangi perbuatannya. Saya menangis sekuat-kuat hati sehingga ibu terjaga. Akibatnya? Saya dipukul lagi.
Akhirnya saya masuk ke sekolah, darjah 1 dan layak masuk ke asrama. Jarak rumah dengan sekolah agak jauh, jadi sekolah sediakan asrama. Memang saya sangat gembira dapat berjauhan dari semua lelaki jahat itu tetapi di sekolah saya semua cikgu lelaki.
Ada seorang cikgu itu dia memang gatal. Nak minta ciumlah, apalah. Pernah sekali dia mahu meraba pelajar perempuan. Maaf cakap, budak kampung memang naif tak reti buat apa dan budak itu biarkan sahaja. Dia darjah 5 dan saya baru darjah satu pada waktu itu. Saya geram dan saya laporkan pada warden asrama. Tetapi tak tahulah ada tindakan atau tiada.
Saya pindah sekolah, ikut ibu ke Kuala Lumpur sebab ibu sudah berkahwin baru. Alhamdulillah berjauhan dari mereka semua. Ibu saya dah balik semula ke kampung tetapi saya tidak mahu mengikutnya. Ibu tak benarkan saya duduk di sini tetapi saya kata saya enggan berjumpa sesiapa pun di kampung. Namun tidak pula saya menceritakan hal sebenarnya sebab saya tahu ibu tidak akan percaya.
Saya ambil keputusan untuk berkahwin walaupun usia baru 18 tahun pada masa itu. Lebih baik kahwin dan ada orang yang melindungi saya daripada balik ke kampung berjumpa dengan manusia yang bersifatkan binatang.
Mereka berani memperlakukan saya seperti itu kerana ibu bapa bukannya mahu percaya pun kalau budak-budak mengadu. Mereka akan pukul dan menuduh anak mereka sendiri jahat dan mereka cerita.
Bukan bermaksud saya membenci ibu dan nenek tetapi mereka tidak peka dengan perkara-perkara seperti ini boleh berlaku pada saya. Sepatutnya adik beradik lelaki dan perempuan dipisahkan bilik dan diawasi pergaulan mereka. Begitu juga dengan pakcik saya itu. Tolonglah jangan percaya mereka akan menjaga anak kita.
Berpuluh tahun saya menyimpan rahsia ini sebab tak mahu malu tetapi perkara ini semakin serius dan ada yang tak percaya perkara seperti ini berlaku. Mereka ingat rogol ini semua hanya orang luar saja yang boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sehingga terlupa nak melindungi kanak-kanak.
Alhamdulillah, Allah melindungi saya. Saya tidak menjadi mangsa rogol mereka sebab saya jenis degil. Kalau orang buat saya menangis saja, tak pun saya menjerit atau gigit dan selepas itu lari.
Apa yang akan terjadi kalau saya jenis budak yang degil? Bukan jenis suka melawan?
Saya nak kongsikan cerita ini secara terperinci tetapi pahit sangat untuk dikenangkan semula. Bila teringat, terasa meluap-luap kebencian terhadap mereka.
Terima kasih encik Azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat. – Rakan Syed Azmi | PIXEL MEDIA
0 comments: