Kematian Akhiri Penderitaan Bayi Kulit Merekah

08:14 Unknown 0 Comments

Ingat Lagi Bayi Ini Yang Menghidap Penyakit Aneh Yang Dikenali Sebagai Harlequin Ichthyosis, Lihat WAJAHNYA Selepas 2 Minggu Amat MENGERIKAN! 




BAYI perempuan seberat 1.8 kilogram yang dilahirkan menghidap penyakit aneh, meninggal dunia di Nagpur, India 13 Jun lalu.

Bayi berkenaan dilahirkan pada Sabtu lalu di Hospital dan Kolej Perubatan Lata Mangeshkar.
Penyakit aneh yang dikenali sebagai Harlequin Ichthyosis, membuatkan kulit penghidapnya keras dan merekah. Rekahan membuatkan beberapa organ dalaman dapat dilihat.
Selain daripada mengalami rekahan pada badan, bayi tersebut juga terdedah kepada risiko jangkitan dan mengalami beberapa komplikasi lain seperti sesak nafas dan dehidrasi.
Penyakit seumpama ini merupakan penyakit genetik dan hanya berlaku sekali dalam setiap 300,000 kelahiran.
Penyakit yang dihidapi bayi perempuan ini membuatkan gambarnya tersebar di laman-laman sosial hinggalan ada segelintir netizen menggelarnya sebagai ‘bayi hantu’ meskipun ramai juga yang berasa simpati. – MYNEWSHUB.CC


0 comments: