GRADUAN BERLAKON BERDOZEN-DOZEN FILEM LUCAH

18:51 Unknown 0 Comments





Seorang graduan universiti yang bijak, Shizuka Minamoto tidak mengalami nasib yang baik dalam alam pekerjaan.

Ini kerana bank Goldman Sachs yang telah menawarkan pekerjaan kepadanya telah menarik balik tawaran berkenaan selepas mendapat tahu Shizuka pernah menjadi pelakon lucah ketika menuntut di sebuah universiti di Jepun.

Perbuatan berkenaan telah melanggar kod etika di bank berkenaan kerana Shizuka telah melakonkan berdozen-dozen filem lucah ketika masih menuntut.

Selepas tamat pengajian, Shizuka, yang mempunyai IQ 130, telah mendapat tawaran berkerja di bank terbabit yang berpengkalan di Tokyo.

Namun masa silamnya itu telah menghantuinya apabila bank berkenaan rupa-rupanya mendapat tahu mengenai aktiviti gelapnya itu.

Mereka menarik balik tawaran tersebut meskipun Shizuka belum lagi memulakan pekerjaan di bank terbabit.

Keadaan ini menjadikan Shizuka berasa takut kerana bimbang lakonannya itu bakal menjejaskan kariernya.

Dia berusia 18 tahun ketika berlakon filem lucah dan tidak mempunyai teman lelaki ketika terlibat dalam industri berkenaan.:)



0 comments: