"Kami Nampak Dia Paksa Isteri Dia Baring Sambil Tangan Dia Mula Letak Pisau Pada Tengkuk Isteri Dia" - Saksi, Tindakkan Gila Seorang Lelaki Cuba Sembelih Isteri Sendiri. - VIDEO DISINI

Kaherah: Seorang lelaki bersenjatakan pisau cuba menyembelih isterinya di tengah jalan raya di bandar raya ini.
Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan penduduk yang menendang dan melontar lelaki berkenaan dengan batu.
Klip video yang dimuat naik di Youtube menunjukkan lelaki tidak dikenali itu memaksa isterinya merebahkan badannnya sementara dia cuba menyembelih wanita itu sebelum diserang sekumpulan penduduk yang meluru selepas mendengar jeritan mangsa.
Rakaman menunjukkan orang ramai melontar batu ke arahnya. Sebahagian mereka menendangnya sementara seorang lelaki dilihat menghentak batu ke atas kepala lelaki itu.
Lelaki itu melarikan diri, tetapi dikejar orang ramai yang terus merejamnya dengan batu.
Tidak dapat dipastikan punca lelaki itu mahu membunuh isterinya.
Media Mesir yang menyiarkan rakaman berkenaan bagaimanapun tidak menyebut sama ada lelaki itu ditahan polis atau tidak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 7:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97510#sthash.M4lHyieW.dpuf
- TONTON VIDEO DISINI -
0 comments: