Shaheizy Sam Kongsi Destinasi Bulan Madu Bakal Dikunjungi… SWEET!!
Shaheizy Sam Kongsi Destinasi Bulan Madu Bakal Dikunjungi… SWEET!! | Sama cantik sama padan itulah yang boleh diungkapkan buat pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang baru sahaja bergelar suami isteri pada 8 Februari lalu. Seperti pasangan lain yang berkahwin masing-masing mempunyai destinasi berbulan madu untuk dikunjungi begitu juga bagi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.
Jika sebelum ini sepanjang 6 tahun percintaan Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin jarang berkesempatan untuk keluar berdua, namun selepas diijabkabulkan pada 8 Februari lalu, Shaheizy Sam bertekad mahu meluangkan lebih banyak masa bersama.
Shaheizy Sam, 34, ketika ditemui pada majlis respsi ketika perkahwinannya di Design City Centre (IDCC) berjanji akan memberikan lebih perhatian dan tumpuan kepada isterinya selain berusaha untuk memenuhi setiap permintaan daripada Syatilla Melvin.
“Sepanjang bercinta, kami jarang dapat melakukan aktiviti bersama seperti pasangan kekasih lain. Kami juga tidak pernah keluar berdua, walaupun hanya untuk menonton wayang.
“Selepas ini, saya akan cuba memenuhi dan melayani setiap permintaan Tilla. Saya juga akan luangkan masa dengan berjalan-jalan di lokasi menarik untuk berbulan madu. Ketika ini, kami masih belum memutuskan lokasi kerana sibuk menguruskan majlis persandingan.
“Insya-Allah, jika tiada aral saya akan memenuhi hasrat isteri yang teringin untuk bercuti di Kepulauan Maldives,” kata Sam yang mengakui sudah mampu menarik nafas lega apabila majlis resepsi ketiga mereka selesai.
TAHNIAH buat pengantin baru Shahezy Sam dan Syatilla Melvin. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah. Mengenai denstinasi yang dipilih tu tak kisah lah kat mana-mana pun kan janji selamat pergi dan selamat sampai okay?
0 comments: