Scha Di TAMPAR PEMINAT Gara - Gara Drama Lakonan Beliau
AL-KISAHNYA, seorang peminat yang terlalu obses dengan sebuah drama bersiri ingin menampar Scha Al-Yahya kerana watak yang dibawanya dalam drama bersiri ‘Isteri VS Tunang’ yang pernah ditayangkan di Astro.
Usah salah faham dan ia bukan sebab apa pun. Jangan terburu-buru membuat andaian bukan-bukan.
Isteri Vs Tunang
Drama bersiri tersebut yang berakhir semalam ternyata mendapat komen positif dari peminat-peminat drama tersebut.



Watak-watak yang dibawa oleh para pelakon sangat terkesan dihati peminat, masakan tidaknya sehinggakan ada yang menyampah dengan watak yang dipegang oleh Scha Al-Yahya iaitu Alana, seorang wanita yang kuat merajuk.
Antara barisan artis yang turut berlakon dalam drama ini seperti Sharifah Sakinah, Lia Natalia, Shah Rezza dan Fahad Iman.
Ada sahaja aduan menyatakan tidak puas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Alana kerana kerap merajuk apabila bersama suaminya Zaim Azfar lakonan Hisyam Hamid.
Tidak cukup dengan itu, Instagram Hisyam Hamid juga turut diserang peminat yang mahu meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Alana.
Hisyam turut memuat naik foto yang mempunyai ‘caption’ seperti berikut:
“So, salah siapa pula sekarang ni? #teamalana ke #teamzaim ? EPISOD TERAKHIR malam nanti @schaalyahya #isterivstunang #zaimazfar #alanasofea #tempe #hisyamelters #hisyamhamid,” tulisnya.
Rata-rata peminat mengharapkan ada kesinambungan bagi drama bersiri ini. Ternyata mereka sangat terkesan dengan lakonan Scha didalam drama ini.
Setiap babak dan konflik yang ditampilkan mempengaruhi emosi penontonnya. – MYNEWSHUB.CC
0 comments: