BIKIN PANAS! Janna Nick Mula Tunjuk Taring??
Baru setahun jagung melayari kehidupan sebagai seorang artis, nama Janna Nick tidak pernah lekang dengan kontroversi dan gosip-gosip panas. Sebelum ini, Janna Nick didakwa menjalinkan hubungan sejenis? Namun, inilah Komen PADU Janna Nick Didakwa Jalin Hubungan Sejenis Bikin Panas!
Yang terkini, Janna dikatakan menolak untuk memakai baju yang disediakan pereka dalam satu sesi fotografi. Namun, pelakon drama Kau Aku Kita ini tidak mengendahkan segala buah mulut orang yang boleh menjatuhkan kerjayanya.
“Tak apalah, nak buat macam mana kalau nama saya sudah terpalit dengan cerita panas. Perkara itu di luar kemampuan untuk mengawalnya.”
“Asalkan gosip itu bukan tercetus daripada saya sendiri, sudahlah. Kalau macam itu, saya sengaja cari pasal, betul tak?”
“Sebab itu awal-awal lagi saya sudah perlu bulatkan niat. Saya tak boleh terlalu leka dalam pekerjaan saya ini.”
Janna kini mengorak langkah untuk menjadi seorang penyanyi di bawah Hikayat Records Sdn Bhd mengakui bahawa dia kurang yakin untuk menjadi seorang penyanyi namun selepas mendapat nasihat daripada seseorang keyakinannya semakin bertambah.
“Sekarang ini saya sedang mengikuti kelas vokal, koreografi dan memperlengkapkan diri dengan ilmu dalam bidang nyanyian.”
“Saya tahu masih ramai yang mempertikaikan kemampuan saya. Mungkin sebab mereka masih belum menerima profesion baharu saya ini. Tapi sebenarnya saya yakin dengan bakat saya.”
Apapun, semoga Janna Nick tabah menghadapi onak duri sebagai seorang artis.
0 comments: