Masya-ALLAH... mcm mna dgn tiba2 kapal submarine australia bleh timbul kt laut kita pgi tadi nie?? ada yg xkena... malapetaka apa pulak nk mai nie... Allahuakhbar..

01:16 Unknown 0 Comments


Gambar yang menunjukkan kapal selam Australia berlabuh di Pulau Pinang.
SHAH ALAM - Kecoh di media sosial hari ini apabila sebuah gambar kapal selam Australia dikatakan berlabuh di Pulai Pinang hari ini.

Gambar yang sedang hangat diviralkan bagaimanapun segera dijawab oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.

"Untuk makluman semua kapal selam HMAS Sheean  terlibat eksesais bersama KD TAR mulai 12 – 13 Oktober 2015 di Kota Kinabalu.

"Kehadiran HMAS Sheean di Pelabuhan Awam Pulau Pinang bagi  memberi peluang kepada warga HMAS Sheean untuk beristirahat dan kapal merancang untuk melaksanakan kunjungan hormat sahaja ke atas Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang," petik kenyataan media TLDM hari ini.

Mengulas lanjut pihak TLDM mengatakan kapal selam HMAS Sheean akan kembali semula ke Australia selepas latihan bersama Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman milik TLDM selesai.




0 comments: