Masih ingatkah anda akan seorang wartawan TV3 yang mukanya sering terpapar di dalam rancangan stesen tv berkenaan iaitu suadara Mazidul Akmal Sidek.....Mari Lihat Kehidupannya Kini Yang Sampai Ada Kawan Sampai Hati Hantar SMS..."Ingatkan dah mati."
Masih ingatkah anda akan seorang wartawan TV3 yang mukanya sering terpapar di dalam rancangan stesen tv berkenaan iaitu suadara Mazidul Akmal Sidek.
Mazidul yang diserang strok dua tahun yang lalu akan menjalani pembedahan menambah plat pada kepalanya pada 25 haribulan ini(esok).
Sebuah perkongsian telah dilakukan oleh pengguna saudara Syed Azmi di mana beliau telah melawat Mazidul di rumahnya beberapa hari lalu.
Menurut Syad Azmin beliau telah melawat Mazidul tanpa tahu langsung tentang lelaki ini di mana pemintaan untuk berjumpa hanyalah sekadar berbual.
Ya, dia sudah sakit sejak kariernya masih bersama TV3. Namun hari ini, dia tidak lagi berhutang dengan sesiapa termasuk pihak hospital dimana semua wang simpanannya dan EPF habis, hanya tinggal sikit sahaja. Alhamdulillah, isterinya bekerja.
Sehingga hari ini, saudara Mazidul masih mampu bertutur dengan jelas manakala ingatannya masih baik walaupun adakalanya boleh menjadi perlahan.
Dia tidak dapat berjalan tetapi jauh lebih baik dari sebelum ini. Jika anda bertanya pada saya, dia okay. Namun dia merindui rakan-rakan baiknya terutama bila dia bakal menjalani pembedahan yang seterusnya.
Ada juga rakan-rakan yang tak baik menghubunginya dan mengatakan dia sombong, tidak seperti dulu. Ada juga yang bercakap perkara buruk kepadanya. Ada yang mengirimkan mesej padanya dan berkata, "Ingatkan dah mati."
Kepada orang-orang seperti ini, tolonglah jauhkan diri anda dari dia. Tolonglah.
Ketika ini beliau hanya perlukan kata-kata semangat dan sokongan dari rakan-rakannya. Pergilah melawat dia. Kepada rakan-rakan saya, ambil masa 10 saat untuk berdoa agar dia cepat sembuh. Itu sahaja.
Beliau mempunya dua orang anak di mana seorang sedang belajar di Universiti dan seorang lagi masih bersekolah di sekolah menengah.
Kepada mereka dan rakan-rakan yang mahu melawat beliau secara peribadi, berdoalah lebih 20 saat dan jika ingin melawat hubungi saudara Adam Aznan di talian 0182864267 atau saudara Razali Harun ditalian +601111541338.
Saya beritahu isteri dia yang saya tidak memahami kerjayanya dalam media.
Bila terkenal, ramai yang datang. Bila susah, tiada sesiapa pun yang peduli.
Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak TV3 ada membantu Mazidul untuk menjelaskan bil rawatannya dengan memberikan pinjaman dan apabila dia memilih VSS, sedikit sebanyak dapat membayar hutang-hutangnya.
Dari sisi undang-undang, TV3 melakukan segala-galanya berdasarkan apa yang tertulis dalam buku. Bagus.
Namun, tiada sesiapa yang menziarahinya, tiada panggilan telefon bertanyakan khabar. Mungkin mereka sibuk dan perkara ini bukan dalam skop kerja mereka. Tetapi tidak mengapalah kerana tugas lebih penting. "berkecil hati"
Mereka tidak meminta wang, namun mereka ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terasa hati dengan Mazidul sebelum beliau menjalani pembedahan seterusnya.
Mazidul dalam pada itu telah memandang isterinya dan memohon maaf jika beliau meninggal dunia.
Saya terpaksa mengalih pandangan kearah lain, terlalu berat untuk dirasai, saya hanya nasihatkan teruskan berdoa kepadaNya.
Tetapi, ingatlah apa yang berlaku kepada Mazidul tidak mustahil juga akan terjadi kepada kita semua, saya tidak begitu mengenali beliau dan tidak tahu sama ada kerjayanya sebelum ini pernah menyakitkan mana-mana pihak.
Saya tidak tahu. Tetapi jika tiada, baguslah. Jika ada, bukakanlah hati anda untuk memaafkannya. Ini hanyalah dunia sementara sahaja.
Kerja saya hari ini adalah melawat mereka yang sakit, saya ziarah kalau saya berkelapangan.
Mazidul berikan sebuah buku yang punyai tandatangannya. Itulah sumber pendapatannya yang terakhir. Saya tidak minta untuk mengetahui masalah silapnya. Hanya mengambil iktibar beberapa perkara yang saya boleh pelajari di sini.
Saya hanya boleh berpesan di sini, Jangan bongkak, sombong dan angkuh. Tidak mustahil kita juga boleh ditimpa musibah seperti ini.
Kepada semua, saya juga mahu memohon kemaafan pada semua yang saya juga mungkin pergi meninggalkan semua pada bila-bila masa. Maafkan saya.
0 comments: