Dikritik Jururawat Tak Ada Kelayakan Tinggi, Lihat Jawapan Balas Jururawat Lelaki Ini Memang ‘Panas’
Pernah tak korang terfikir betapa sukar dan mencabarnya kerja seorang jururawat? Bukan senang nak ‘deal’ dengan berpuluh-puluh bahkan beratus pesakit setiap hari. Kerja sebagai jururawat sememangnya memerlukan kesabaran dan ketahanan emosi yang tinggi. Setuju tak?
Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum berpuluh ribu orang jururawat yang lain. Tak tahan dikritik, jururawat lelaki ini tampil membidas kenyataan seorang wanita di Facebook yang memperlekehkan kerja jururawat. Haih memang panas telinga!
Jururawat tahap suam-suam kuku? Bidang ‘sampah’ bagi yang tak ada kelayakan tinggi?
Sekurangnya 5 kepujian dalam SPM & keutamaan kepada yang ada keupayaan fizikal mental sempurna
Jururawat bukan lepasan SPM, ada Diploma dan boleh dilanjutkan ke PhD
Jururawat Malaysia paling dikehendaki di Mesir, Arab Saudi, Singapura & Amerika Syarikat
Sehina-hina kami, kamilah yang sambut anda ke dunia ni
Kami dipilih Allah swt untuk berbakti merawat, menyembuh dan menyelamatkan nyawa orang lain
Pernah dengar tak jururawat lelaki?
Cik ni Tuhan ke nak tentukan kami ikhlas atau tak?
Pakai make up salah, tak pakai make up salah
Kalau kami jururawat swasta cik nak sanjung ke?
Lastly diharapkan lain kali check dulu sebelum komen
0 comments: