Teman Lelaki Di Berkas. Awek Negeria Menangis... Haru Betol.. Kita pula Yang SUSAH.. !!!!

21:30 Unknown 0 Comments






Nilai: Seorang wanita warga Nigeria menangis apabila teman lelakinya diberkas pihak berkuasa dalam serbuan di rumah urut di Bandar Baru Nilai di sini, kelmarin.


Difahamkan, lelaki warga Nigeria berusia 20-an yang juga pelajar kolej swasta bersama teman wanitanya pergi ke premis itu untuk mendapatkan perkhidmatan urutan badan sebelum pemeriksaan mendapati dokumen perjalanannya tamat tempoh.

Lelaki itu antara lapan warga asing ditahan dalam serbuan Ops Bersepadu dijalankan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) dan polis.

Pengarah Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan MPN Syamsul Amri Ismail berkata, operasi bermula jam 11 malam dan berakhir jam 1 pagi itu menyerbu 10 rumah urut di sekitar Nilai bagi memastikan pengusaha premis mematuhi peraturan ditetapkan.

“Semua premis ada lesen, tetapi sebahagian pengusaha melanggar peraturan. Peraturan baru menetapkan tukang urut perlu memakai pakaian seragam sopan dan premis tidak boleh ada bilik sebaliknya hanya boleh memasang tirai.

“Kami dapati masih ada premis mempunyai bilik khas disyaki digunakan untuk aktiviti tidak bermoral selain tukang urut tidak mengenakan seragam,” katanya selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud aktiviti seks di rumah urut yang dilakukan atas permintaan pelanggan.

Dalam serbuan itu, katanya, JIMNS menahan lapan warga asing berusia 20-an hingga 30-an iaitu tiga wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut, tiga lelaki masing-masing seorang warga Nigeria, Vietnam dan Pakistan yang menjadi pelanggan premis berkenaan.

“Manakala, dua lelaki warga Indonesia ditahan di restoran di Mantin, di sini, ketika pemeriksaan dilakukan di beberapa premis makanan,” katanya.

Syamsul Amri berkata, semua premis diperiksa disiasat mengikut UUK24 Undang-undang Kecil Tred MPN 1999, jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun RM500.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 8:30 AM


0 comments: