SERING MUATNAIK FOTO SEPARUH BOGEL DI IG - AHYA BERI SEBAB MENGAPA . JOM KAMI BELANJA ANDA 3 FOTO PERIBADI AHYA. DAN ANDA NILAIKAN SENDIRI...

00:53 Unknown 0 Comments

Meskipun nama anak Normah Damanhuri iaitu Ahya atau nama sebenarnya Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tidak begitu dikenali dalam industri seni walaupun sudah memulakan kerjaya seninya sejak tahun 2013 tetapi Ahya lebih popular di media sosial terutamanya di Instagram.

Sebab mengapa Ahya lebih popular di media sosial adalah kerana sikapnya yang sering menayang tubuh badannya sehingga mendapat reaksi negatif.

Menurut Ahya, dia berbuat demikian adalah bersebab dan bukan kerana mahu mencari publisiti murahan atau sebagainya.





"Antara sebab saya buat perkara macam itu adalah kerana kerjaya yang dilakukan sekarang iaitu bergelar model. Bila menjadi model, antara faktor yang dilihat adalah tubuh badan dan sememangnya gambar tidak berbaju itu adalah salah satu cara untuk mereka menilai.

"Saya profesional dengan kerja saya. Banyak agensi yang memanggil saya selepas melihat gambar di Instagram. Jadi saya rasa tiada masalah," ujar pelakon filem 'Tanda Putera' ini.

Apa yang menjadi masalah bagi Ahya ialah bagaimana seseorang itu melihat sesuatu daripada sudut negatif tanpa berfikir motif sebenar kenapa individu itu berbuat sesuatu.


Tidak semua menghentam apa yang dilakukan kerana ramai yang menghantar mesej bertanyakan tip cara untuk menjaga tubuh badan.

Disebabkan itu juga Ahya membuat keputusan sejak dahulu lagi untuk tidak melayan sebarang tanggapan negatif yang dilontarkan kepadanya.

Mungkin disebabkan bengang dengan tindakan Ahya yang tidak melayan tanggapan negatif ini membuatkan ada pihak yang sanggup menggunakan gambar Ahya untuk tujuan yang salah.





Ada yang mengubah suai gambarnya hingga menampakkan kemaluan dan Ahya sendiri hairan kerana mereka sanggup berbuat demikian.

"Orang yang pertama tunjukkan gambar Ahya berbogel itu adalah Mama (Normah Damanhuri) di Whatsapp kumpulan keluarga kami. Dia sendiri tergelak dengan apa yang berlaku kepada saya gara-gara silap faham orang lain.

"Lagipun dia tahu saya tidak akan buat perkara bodoh seperti itu semata-mata untuk meraih perhatian orang lain," jelasnya yang sudah lapan tahun berkecimpung dalam dunia peragaan.

Tambah Ahya, dia sendiri hairan mengapa mereka berbuat demikian. Adakah kerana niat mereka untuk memalukannya atau cemburu dengan kejayaannya dalam dunia peragaan?

Perkara jahat seperti ini sebenarnya enggan dilayan jejaka ini kerana dia sentiasa beringat kepada pesan mamanya.

"Mama pesan kepada saya sejak kecil lagi sentiasa jaga diri, jangan kurang ajar dengan orang lain. Paling penting, jangan layan orang yang berniat jahat," katanya.


Sumber: UM



0 comments: