Persenda Najib Buat Umrah, Ini Nasihat Dari Dr. Maza Kepada Mereka Yang Pasti Buat Anda TERKEDU..
ORANG ramai tidak seharusnya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor menunaikan umrah, kerana urusan agama adalah satu perkara peribadi.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) menerusi pautan laman Facebooknya berkata, sekalipun berbeza pandangan politik, namun urusan ibadah adalah antara individu tersebut dengan sang Pencipta.

“Pada pandangan saya, sekali pun jika berbeza pandangan politik ataupun tidak suka dengan beliau (Najib), soal ibadah seseorang biarlah antara dia dan Tuhan.
“Tidak perlu kita mempersendakannya. Lagipun saya tidak lihat beliau kata bahawa ibadahnya itu memadamkan segala apa yang dipertikaikan oleh rakyat.
“Urusan beliau dan rakyat adalah apa yang membabitkan soal ketelusan dan amanah dalam pentadbiran negara ini.
“Persoalan peribadi seperti kenapa beliau solat, puasa, umrah dan haji, hendaklah diserahkan kepada ALLAH,” tulis MAZA lagi.
Najib berada di Makkah sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke Arab Saudi dari 29 Februari sehingga 3 Mac. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: