*PANAS..!!!! Ini Penjelasan Sebenar Nabil Ahmad Tentang Isu Persenda Kecacatan Caliph Buskers...!!!!!
Nabil Ahmad Akhirnya Tampil Perjelas Isu Hina Kecacatan Caliph Buskers | Pelawak Nabil Ahmad mengakui dia tidak sepatutnya mempersendakan kekurangan yang dimiliki ahli kumpulan muzik cacat penglihatan, Caliph Buskers sewaktu mengendalikan k0nsert minggu pertama Gegar Vaganza.
Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Bin Ahmad berkata, dek kerana terlalu teruja, dia tanpa tidak sengaja telah bergurau melampaui batas memetik Astr0 Gempak.
Saya rasa sangat bersalah dan telah membuat satu ketelanjuran kata yang cukup melampau kerana mempersendakan kekurangan yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers.
“Apabila gurauan tersebut terlepas di atas pentas, ianya mendapat kritikan 0rang ramai sedangkan ramai yang tidak tahu saya dan ahli kumpulan Caliph Buskers memang selalu bergurau dan lepak bersama.
“Mungkin juga disebabkan terlalu biasa bergurau dengan mereka, perkara yang tidak diingini seperti itu telah berlaku. Tambahan pula saya sangat teruja mengendalikan pr0gram Gegar Vaganza,” jawab Nabil Ahmad ditemui sewaktu sidang media Zikir Perdana Dan Perasmian Pertubuhan Tarekat Muktabar (Pertama) di The Majestic H0tel, Kuala Lumpur.
Jelas Nabil, dia telah pun bertemu ahli kumpulan Caliph Buskers untuk membuat perm0h0nan maaf mengenai insiden yang berlaku.
“Saya ada buat pem0h0nan maaf secara langsung dalam pr0gram MeleT0P selain turut bersemuka dengan Caliph Buskers sendiri dan mereka agak terkejut apabila saya m0h0n maaf,” ujar Nabil.
Tambah Nabil lagi, dia meminta maaf bukan kerana kritikan 0rang ramai terhadap dirinya sebaliknya perkara tersebut memang tidak sepatutnya berlaku.
“Saya minta maaf bukan kerana saya rasa saya telah lakukan satu tindakan yang salah dan secara peribadi ia sangat melampau.
“Sebab itu lepas sahaja saya sebut sahaja perkataan Caliph Buskers, terus saya mengucap dalam hati kerana kesal mengatakan hal tersebut,” katanya lagi.
Dalam pada itu Nabil mengakui perwatakannya masih sama seperti dahulu walaupun baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji dan harus memikirkan idea-idea lawak tanpa mempersendakan bentuk fizikal 0rang.
“Perwatakan Nabil yang sekarang sama sahaja seperti yang dahulu. Perbezaannya kini saya kena fikir idea lawak yang tidak mempersendakan bentuk fizikal atau perwatakan orang,” katanya mengakhiri perbualan.
credit to http://canggihhebat.blogspot.my/


0 comments: