Video: Ibu Biar Anak Masuk Lokap Sebagai Pengajaran
HENDAK dikata apa lagi kalau kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri..
Itulah yang boleh dikatakan dalam situasi ini apabila seorang ibu enggan menjamin selepas anaknya itu bersalah di dalam satu sekatan jalan raya.
Remaja terbabit yang berusia 13 tahun ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh pasukan polis trafik di Johor Bahru.
Kejadian berlaku pada 2013 namun menjadi viral kembali di laman sosial sebagai pengajaran kepada remaja yang suka berlumba haram.
Menurut maklumat, ibu remaja terbabit yang dihubungi polis selepas anak lelakinya itu ditahan melahirkan rasa kecewa dan menganggap anaknya itu sebagai anak derhaka.
Menerusi video yang dirakam stesen televisyen NTV7, wanita itu nekad tidak mahu membayar ikat jamin.
“Saya dah cakap kat dia malam minggu ni jangan, jangan keluar. Tak tengok kat tv (televisyen)? Dia kata nak bawa motor itu untuk rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak?
“Makan hati, kenapa ada anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah. Baguslah masuk lokap pun tak apa,” herdik wanita itu kepada anaknya.
Tambah wanita itu, anaknya langsung tidak mahu mendengar kata dan lebih menjengkelkan apabila dia pernah diugut hendak ditumbuk.
Kecewa dengan sikap anaknya itu, wanita tersebut berkata, dia sering berdoa selepas solat meminta agar remaja itu menjadi seorang anak yang soleh tetapi dibalas oleh remaja itu dengan kata-kata “mampuslah ibu, ibu mampus”.
Jelas wanita itu lagi, anak lelakinya disifatkan sebagai seorang yang tidak boleh dikawal dan berharap agar hukuman tidur lokap itu akan menjadi pengajaran kepadanya.
Wanita tersebut kemudian meninggalkan remaja itu dan membiarkannya menangis.
Berdasarkan maklumat polis, remaja itu juga cuba mendatangkan kecederaan kepada anggota yang menahannya ketika cuba melarikan diri daripada sekatan tersebut.
0 comments: