Rezeki Dari ‘Langit’.. Not RM50 Bertaburan Atas Jalan Raya!

16:53 Unknown 0 Comments


SINGAPURA – Para penunggang motosikal yang melalui Bukit Timah Expressway (BKE) tergamam sebelum ramai yang berhenti untuk mengutip wang kertas RM50 yang bertaburan di atas jalan raya, pada Isnin.

Laporan The Straits Times menyebut, insiden ini berlaku sekitar jam 6.20 petang semalam di kawasan Seletar Expressway (SLE) menuju ke BKE.

Dalam video yang dimuatnaik di Youtube oleh Singapore Reckless Drivers Community hari ini, not kertas RM50 kelihatan melayang dan bertaburan di atas jalan raya.

Rakaman video tersebut turut memperlihatkan beberapa pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengutip ‘rezeki terpijak’ itu.






Seorang saksi dikenali dengan nama Annie memberitahu Lianhe Wanbao, ketika kejadian dia berada dalam sebuah bas dua tingkat dan terkejut apabila melihat wang kertas melayang di udara.

Menurutnya ada penumpang bas meminta supaya pemandu memberhentikan kenderaan tersebut agar mereka boleh mengutipnya namun pemandu bas itu enggan.

Berdasarkan agakannya, Annie berkata dia menjangka nilai wang kertas yang bertaburan petang itu mungkin lebih RM10,000.

Bagaimanapun sampai sekarang bagaimana not RM50 boleh bertaburan di atas jalan raya di Singapura semalam masih belum ada jawapannya.


0 comments: