'JUST MAKE SURE I TAK KENA LANGGAR'

01:38 Unknown 0 Comments







Lelaki Cina ini kelaur dari keretanya ketika berhenti di lampu isyarat berwarna merah dan mengetuk tingkap kereta saya dan memaklumkan tayar kereta pancit.


Jika anda seorang 'Profesor Facebook', pasti tidak akan mengendahkan dia kerana anda beranggapan ini mungkin satu cubaan untuk merompak. Tetapi, bersyukur ia tidak terjadi pada saya.


Insiden ini terjadi di depan pusat beli belah One Utama, Damansara. Jadi, saya merancang untuk memandu secara perlahan ke bengkel yang terletak di TTDI untuk menyelesaikan masalah itu.


Saya sangka, ia berakhir di situ.


saya terkejut, lelaki ini sanggup memberhentikan keretanya di depan saya dan menawarkan bantuan. Memandangkan tayar kereta yang pancit, saya terpaksa menerima tawarannya.


Dia kemudian mengeluarkan alat segitiga kecemasan dan car jack dari bonet belakang kereta serta mula membantu menukar tayar kereta.


Dalam masa dia melakukan kerja-kerja menukar tayar, dia meminta saya untuk memerhatikan kereta yang melalui jalan itu sebagai langkah berhati-hati berikutan jalan di Damansara pada ketika itu agak sesak.


"Just make sure I tak kena langgar," katanya.


Dia agak mahir. Dalam masa 10 minit sahaja dia selesai menukar tayar. Saya tak sempat memberikan 'token' kepada lelaki itu. Kami benar-benar berada di tepi jalan yang sangat sibuk.


Saya sempat bertanyakan nama dia, Boon, kalau tak silap. Dia memakai pakaian yang tertera "Dimension Data", bekerja di tingkat 11 di bangunan yang sama dengan tempat kerja saya yang berada di tingkat 7.


Semoga Tuhan merahmati awak, Boon. Harap dapat bertemu lagi dengan awak dalam lif suatu hari nanti.


Nasib tidak selalu menyebelah akaun bank anda. Adakalanya ia datang dalam bentuk yang kita tidak jangkakan. Mujur ada lelaki yang tidak dikenali sanggup berhenti di lampu isyarat merah dan membantu anda.


Lihatlah, tidak semua Melayu itu adalah pemalas, tidak semua Cina itu adalah penipu. Penipu, pemalas, penjahat adalah orang yang tidak baik. Jangan sesekali membabitkan bangsa dan agama pada mereka.





Ada ramai orang baik di mana-mana sahaja. Anda cuma perlu berhenti menjulang orang yang tidak baik ini menjadi popular. - Wan Nadiah

0 comments: