Kumpulan IS Campak Gay Dari Bangunan Tinggi

22:23 Unknown 0 Comments






KUMPULAN militan Negara Islam (IS) bertindak mencampak seorang lelaki yang didakwa gay dari sebuah bangunan tertinggi di utara Iraq sebagai hukuman.

Hukuman itu dilakukan di depan penduduk tempatan termasuk kanak-kanak selepas penerangan mengenainya dilakukan oleh wakil kumpulan berkenaan.

Ketika hukuman dijalankan, tangan lelaki yang didakwa gay itu diikat ke belakang manakala matanya ditutup, sebelum dicampak oleh tiga ahli kumpulan IS.

Tidak cukup dengan itu, IS turut mendakwa akan mengesan lelaki yang mengamalkan gay di kawasan yang telah dijajah mereka untuk dihukum.


Hukuman yang dipercayai dijalankan pada bulan lalu itu baru dedahkan kepada umum menerusi laman sosial kumpulan berkenaan.

Selain di Iraq hukuman sama terhadap gay turut dilakukan IS di Syria.

Menerusi video yang dimuat naik ke laman sosial mendapati, penduduk turut bersorak apabila hukuman dijalankan terhadap mangsa.

0 comments: