Ciri-Ciri Lelaki Yang Tak Patut Didampingi

22:19 Unknown 0 Comments


Bukan semua orang sempurna tapi kita ada hak untuk memilih. Kalau tidak sempurna pun, cukup separuh sempurna kerana untuk melengkapkan kesempurnaan itu adalah bersama kaum hawa seperti kita. E'wah... Ini antara ciri-ciri lelaki yang kaum hawa tak patut dampingi. Sebelum jatuh cinta lebih jauh, baik lari tinggalkan sahaja, kalau tidak, kita yang akan merana seumur hidup !!!

 · Tidak Berduit 

Tidak berduit maknanya tidak bekerja, tidak bekerja maknanya malas. Senarai no.satu patut dielak. Jika tidak berduit dan anda berduit. Setiap kali dating, anda yang kena bayar. Lelaki pemalas tu susah hendak beli apa-apa untuk anda, seperti hadiah hari jadi. 

 · Tidak pandai berdikari 

Lelaki jenis ini hanya tahu bergantung kepada keluarga sahaja. Oh, sungguh tidak marbeles... sampai bila nak sebegini? fikirkan lah masa depan. 

· Tidak tepati masa 

Selalu lewat dan lewat, lewat, lewat bila berjanji hendak dating atau kemana-mana. Tanda ini menunjukan lelaki itu seperti tidak gembira berjumpa anda.

 · Tidak pandai memujuk 

Malah anda yang kena pujuk dia balik, What the hell lelaki jenis ini. Kaum perempuan mempunyai jiwa yang halus yang memerlukan perhatian. Sensitif dan mudah merajuk. Merajuk adalah perkara biasa dan lelaki kena pandai memujuk, bukan tahu nak melenting sahaja. 

· Ambil kesempatan

 Lelaki yang tidak dapat menahan diri dan nafsu, awas dengan lelaki jenis ini. Tapi jika anda yang offer, tak tau nak cakap apa lagi. Lelaki ni seperti kucing yang pantang menolak ikan. Lelaki jenis ini, tangannya suka merayap dalam kereta, atas motor, dalam panggung wayang dan dimana-mana sahaja, punca dosa kecil dan besar anda berdua. 

· Meringankan solat 

Bila keluar bersama, azan berkumandang atau sudah masuk waktu solat, lelaki ini buat macam tiada apa-apa berlaku dan macam tiada apa-apa tanggungjawab. Tapi jika anda pun dua kali lima. Apa nak dikata lagi. 

· Kedekut Lelaki jenis 

kedekut nak mampos untuk keluarkan belanja untuk anda. Anda tak mengharapkan benda yang mahal pun, cukup tudung bawal di pasar malam. Haram takde! kalau nak harapkan beg Gucci macam Rosmah tu, jangan harap lerr.. tunggu dia mati dulu, bolot harta dia kalau dia dah mampos, itu pun kalau jadi kahwin dengan dia... Paling kedekut kalau bagi coklat pun, dia bagi kita 2 ketul, 3 ketul lagi dia makan. Dasar kedekut. Jangan tidak percaya, lelaki seperti ini ada tau !!! 

· Lelaki bodoh 

Lelaki bodoh ni, lelaki yang kurang cerdik dari anda. Bukan di ukur anda ada degree, dia tiada. Tapi kecerdikan dari segi lain. Contoh membuat keputusan. Kalau kedai makan yang sama je yang dia bawa, pastu anda pula yang bayar. Lelaki jenis ini memang bodoh dari anda. bodoh kerana tidak pandai membuat keputusan dan bodoh dari segi lain yang difikirkan sesuai.

 · Pengecut 

Lelaki pengecut ialah bila bergaduh tidak menjawab panggilan anda dan tidak membalas pesanan ringkas anda. Lebih bangang lagi menutup terus telefon bimbitnya. Memang dasar pengecut. 

· Menabur janji manis

 Lelaki jenis ini habuk pun tarak! kosong.. modal air liur sahaja. Cakap tak serupa bikin. Nak bina mahligai impain laa ini la. Nak buka bisnes la, tapi duit nak makan pun takde! Giler's 

· Lelaki berjaga malam, tidur siang

 Lelaki kelawar jenis batman ni, memang tidak pandai menguruskan masa. Dunia terbalik, hubungan anda pun tunggang terbalik. Di maafkan jika memang dia kena berjaga sebab kerja shift malam. Di maksudkan disini ialah lelaki yang menghabiskan masa sepanjang malam dengan internet, bermadah2 yang di cetak rompak, mengurat dan menayat awek2 di muka buku dan tweet atau lepak dengan kawan-kawan sampai ke pagi, lepas tu bantai tidur sepanjang hari. Ciri lelaki tiada tanggungjawab dimasa depan. Fikirkan lah ...

 · Lelaki penjahanam harta benda 

Lelaki ini suka meminjam, tidak kira apa sahaja. Harta benda itu diguna seperti hak milik sendiri, di guna seperti harta sendiri. Bila rosak tidak reti nak repair atau ganti. Anda juga yang kena keluarkan belanja.

 · Lelaki pinjam duit perempuan Lelaki jenis ini sudah lah pinjam duit perempuan, masa nak pinjam punyalah menayat membuat cerita sedih2, sebak nenek2 aku bila dengar, tapi bila dah pinjam tak reti2 nak bayar hutang. Ingat, hutang itu kena bayar.. buat2 tak ingat lah pulak !!! fuh 

· Pemarah dan pemukul perempuan Lelaki jenis bangang ini suka memukul orang yang patut mereka lindungi, asal bergaduh naik tangan dan kaki kat badan perempuan. 

· Kuat Merajuk 

Sewel dapat lelaki seperti ini, sikit2 nak merajuk, kalau kita merajuk hampeh, langsung tidak di pujuk, kalau dia merajuk nak minta perhatian di pujuk.. sekali dua boleh la... masuk 3 kali BO layan la.. kau merajuk lah sorang2 sana.. puiihhh 

· Tidak mesej, tidak telefon 

Apa kejadah lelaki jenis ini, ada awek tapi tak reti nak mesej yang harga je 1 sen atau 6 sen sahaja. Mesej pun susah, telefon apatah lagi. Lelaki jenis ini, tidak ambil berat dan pentingkan diri sendiri. Kita pula yang kena telefon dan mesejnya setiap hari. Perempuan sukakan perhatian setiap hari, kan? 

· Tidak ambil berat

 Bila anda ceritakan sesuatu masalah anda padanya, dia semacam tak respon atau macam robot bodoh habis bateri. Kita nak story ringankan beban. Bila story kat dia, makin tambah beban dengan sikap dia. Paling sedih dia membezakan masalah orang lain lebih berat dari kita.. Langsung tidak fikir perasaan kita. 

· Tidak menghargai cinta anda

 No komen, tak reti nak huraikan benda ni huhuhhu...sebab terlalu banyak sangat... kalau ko orang sudi kasilah komen untuk slot ini.... biar terbuka sikit mata lelaki itu.. Ada banyak lagi ciri-ciri lelaki yang perempuan tidak suka.


 Itu ciri yang aku dapat pastikan melalui pengalaman. Anda tidak rugi sedikit pun jika tidak bersama dengan lelaki seperti ini. Jangan bersedih ditinggalkan atau meninggalkan lelaki keparat jenis ini. Kalau kita lebih lama mendampingi lelaki jenis ini alamatnya hidup kita semakin jahanam... Suram masa depan.. tak percaya ko orang try la..

0 comments: