Anak Kecil Hidap Jangkitan Paru-Paru, Jantung Bengkak Dan Berlubang Perlu Pembedahan Secepat Mungkin
Kami menerima satu pesanan ringkas dari seorang pengguna Facebook yang meminta bantuan di mana seorang kanak-kanak, Fatih Rizki bin Jefri Azahari,11 bulan telah disahkan menghidapi jantung berlubang dan jantung bengkak pada puasa ke 26 lalu iaitu 4 hari sebelum raya Aidilfitri.Lebih memburukkan keadaan, dia juga telah disahkan menghidapi masalah paru-paru terkena jangkitan kuman menyebabkan kondisinya agak membimbangkan di mana atas saranan doktor Fatih Rizki perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.
Bapanya, Jefri Azahari Bin Ab Karim, Fatih Rizki telah dimasukkan ke Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur selama sebulan sehingga hari ini.
Rizki bersama baju rayanya di hospital
Menurut beliau, anaknya kini perlu menjalankan pembedahan secepat mungkin kerana masalah ini namun berdasarkan semakan HKL di hospital kerajaan hanya dua tempat boleh lakukan pembedahan berkenaan iaitu di Institut Jantung Negara(IJN) dan Hospital Serdang tetapi HKL mengesahkan beliau terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama iaitu kira-kira 7-8 bulan kerana terdapat ramai senarai pesakit menunggu untuk pembedahan.
Jadi doktor telah menyarankan kepadanya melakukan pembedahan di Hospital Gleneagles Ampang di mana beliau perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM40 ribu untuk pembiayaan pembedahan dan tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Bagaimanapun, satu berita yang agak merunsingkan lagi fikiran beliau anaknya itu disahkan oleh doktor menghidap Influenza A sejenis virus yang menyerang di bahagian paru-paru yang boleh menyebabkan pesakit sesak nafas, boleh mengakibatkan sistem paru-paru tidak dapat beroperasi dengan normal dan boleh menyebabkan oksigen dalam darah tidak stabil.

Bagaimanapun kesihatan anaknya itu sudah sedikit pulih dan semalam 5/8/2015 Rizki telah diminta pulang ke rumah dahulu kerana bagi mengelakkannya terdedah kepada risiko lain kerana di hospital terdapat banyak pesakit.
Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin membantu meringankan beban kos pembedahan anak kecil ini, bolehlah memberi sumbangan kewangan ke:
514477661538 (Maybank)
Jefri Azahari Bin Ab Karim.
Atau boleh hubungi 012-2393265/014-3668841 dan bagi sesiapa yang ingin melawat anak kecil ini boleh ke alamat ,B-11-07, Tingkt 11, Apartment Dahlia, Jalan 1/27 Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.
Apapun kepada semua sahaba SK marilah sama-sama kita membantu anak comel ini dan berdoa semoga cepat menjalani pembedahan dan selamat dan cepat sihat sepeti kanak-kanak yang lain. - Siakapkeli.my

0 comments: