'SAYA AKAN CARI DALANG PENAHANAN KAMI SAMPAI LUBANG CACING!'
PUTRAJAYA - Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang telah mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu, hari ini.
"Saya bersumpah dengan nama Allah, saya akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan ini. Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puas dan berlanjutan sepanjang hari raya baru ini. Kami tiada masa untuk berpolitik, tapi kami menjalankan tugas seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.
"Demi Allah, saya akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan ini sehingga ke lubang cacing," katanya.
Bahri juga memberikan peringatan kepada 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidaklah sebesar mana.
"Kamu ada kuasa sedikit saja, tetapi saya ada Allah," katanya ketika diminta mengulas mengenai beberapa orang pegawainya yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, ditahan oleh polis
Polis juga dilaporkan telah menyerbu pejabat mereka yang dipercayai berkaitan dengan kertas pendakwaan bocor terhadap Perdana Menteri.
0 comments: