' 'YA ALLAH, MATIKAN DR MAHATHIR DALAM KEADAAN AZAB'
KUALA LUMPUR - BIADAB! Seorang lelaki tergamak mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mati dalam keadaan azab di laman Facebook.
Menurut sumber, Ahmad Shuaib Ismail, penasihat undang-undang Bona Fide Friends (BFF) of UMNO, tergamak memuat naik status doa yang tidak wajar itu.
Berikut status doa yang dimuat naik di laman sosial:
Doa kepada Tun Dr Mahathir Jika beliau pernah buat Rasuah seleweng salahguna kuasa sepanjang 22 tahun
Ya Allah jika Dr mahathir semasa menjadi Perdana Menteri ada melakukan rasuah dan seleweng cara salah zalim wang rakyat dan buat zalim aniaya sesama rakyat walaupun sekupang sen pun turunkan bala azab kepada beliau kerana beliau konon berlagak maksum suci konon tak buat apa apa kesalahan demi tunjukkan beliau baik suci
Ya Allah Matikan dr mahathir dalam keadaan azab bala agar semua rakyat Malaysia dapat saksikan bukti kematian beliau penuh dengan aib azab sengsara ketika dunia lagi hasil perbuatan doa rakyat dizalimi dianiayai
Amin ya Allah - Ahmad Shuaib Ismail 31/7/15
Ketaksuban terhadap Perdana Menteri menyebabkan Ahmad Shuaib tergamak berbuat demikian. Akibatnya, dia dikecam oleh rakan dan netizen yang lain di laman Facebook.
Jika beginilah perangai mereka, maka benarlah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tindakan tidak cerdik dari ahli parti UMNO ini hanya akan melonjakkan populariti Tun Dr Mahathir.
0 comments: