KUALA LUMPUR – Ketika pendedahan buli secara melampau di Universiti Teknologi Mara (UitM) Puncak Perdana dan hastag #BatchFerarri mula trending, banyak lagi kisah-kisah buli di pusat pengajian tinggi tersebut mula kedengaran.
Seorang netizen mendakwa bahawa budaya buli sudah wujud sekitar 80-an yakni ketika UiTM masih dikenali sebagai ITM sahaja.
Paling memeranjatkan, ada budaya buli ketika itu yang sudah jatuh ke tahap yang sangat buruk perilakunya seperti pelajar perempuan diarahkan beronani di hadapan pelajar senior perempuan yang lain.
“Yang saya hairan benda-benda bodoh ni hanya berlaku di public university and not private university. Orientation di uitm in the 80’s lagi lah teruk, their is a ceremony call royal bath where the senior will put your face on the toilet bowl and then they will flush the toilet. Pelajar junior perempuan di suruh melancap depan pelajar senior perempuan. Berenang di lantai d mana air basuhan kain d buang d lantai. Di private uni orientation is about playing game but orientation in public uni is about the senior making a fool of the junior kan ke bodoh tu. Otak sakit mental,” tulis Ag Saml.
Pendedahan itu dibuat di fanpage Mynewshub selepas portal ini menyiarkan berita berkaitan budaya buli di UiTM yang sedang hangat dibincangkan di media-media sosial.
Dakwaan oleh Ag Saml itu disokong oleh seorang lagi netizen bernama Dayana Azman.
Lebih mengejutkan, Dayana menzahirkan perbuatan buli atas nama orientation itu diketahui pensyarah masa kini yang asalnya merupakan pelajar ITM tahun 80-an.
“Omg so true! Sampai ade lecturer ex student time zaman 80’s pun setuju dengan benda bodoh tu. Dia kate biase la senior dan junior..sangat benci.. tak paham sangat..uitm shah alam ok je..semua ni jadi time kat uitm segamat okkkkkkk,” katanya.
Bagaimanapun, Mohammed Mokhzani Mokhtar, bekas pelajar UiTM mendakwa budaya buli keterlaluan telah mula pudar dalam era 90-an.
Dalam isu di UiTM Puncak Perdana, wujud dakwaan pelajar sekumpulan senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dikenali sebagai Batch Ferrari telah ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.
Demi tugasan berkenaan mereka dikatakan perlu memakai tag nama besar bersaiz kertas A4 sepanjang masa termasuk ke kelas dan kedai makan sepanjang tempoh orientasi.
Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.
Apa pun yang didedahkan, isunya kini apakah perlu ada budaya buli di peringkat pusat pengajian tinggi? -MYNEWSHUB.CC
#Gambar Hiasan